hebat sungguh permainan najib dan rosmah...peluang bawa pulang sirul tipis dan makan masa



Usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ke negara ini  tipis dan kalau ada harapan  akan memakan masa yang lama

Seperti yang di rancang  Putrajaya hanya mempunyai satu pilihan untuk Sirul ke Malaysia, iaitu melalui permohonan kepada mahkamah Australia.

Kes itu rumit kerana langkah membawa kes itu ke mahkamah Australia adalah untuk mengkaji sama ada wujud pengecualian terhadap prinsip asas undang-undang negara tersebut yang tidak membenarkan hukuman mati terhadap pesalah.

Ada kerumitan dalam kes Sirul Azhar ini. Kita tahu Australia mempunyai sekatan ekstradisi terhadap Sirul Azhar kerana undang-undang mereka melarang perintah ekstradisi jika pesalah terlibat dikenakan hukuman mati.

Oleh itu, proses ekstradisi akan menjadi lebih sukar. Permohonan perlu dibuat kepada kerajaan Australia. Jika gagal, kerajaan akan membawa perkara ini ke mahkamah Australia. Jika gagal di mahkamah, maka usaha secara diplomatik akan berterusan.

Permohonan itu hanya boleh dibuat sekiranya Malaysia berjanji tidak menjalankan hukuman mati ke atasnya.( dah nampak dah sandiwara )

Sebelum ini, akhbar Sydney Morning Herald ada melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permintaan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati terhadap Sirul.

Sekiranya rundingan diplomatik itu berjaya dan Sirul berjaya dibawa pulang, ada kebarangkalian Sirul disyaratkan untuk tidak dihukum mati di Malaysia.

Perkara itu akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Hubungan diplomatik dengan Australia amat baik setelah kes kehilangan MH370. Kes Sirul Azhar mungkin akan membawa isu baru dalam hubungan diplomatik kedua negara.

Perjanjian yang dipersetujui Malaysia dan Australia ini mengandungi tanggungjawab dan pengecualian serta prosedur berkaitan ekstradisi kedua-dua buah negara.

Perkara itu amat jelas melalui Perjanjian Antara Kerajaan Malaysia dan Australia Berhubung Ekstradisi yang ditandatangani pada 15 November 2005.

Sirul dan Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya



##


ikut skrip sandiwara...hampir berjaya..

kenapa lari ke australia...kenapa tak negara lain...?hanya austaralia  yang tidak mempunyai hukuman mati ke atas pesalah jenayah berat seperti ini .

Skrip untuk melepaskan mereka yang benar-benar bertanggung jawab, selepas terbongkar pembunuhan model dari Mongolia itu, semakin jelas dan berjalan baik.

Dikatakan terdapat banyak bahan-bahan bukti kes tidak dibawa kehadapan pembicaraan. Banyak mempersoalkan kenapa maklumat sms di antara orang-orang pentiing negara yang pernah dihebohkan sebelum ini dirahsiakan. Kenapa ianya tidak disiasat?

Adalah MUSTAHIL untuk dua orang anggota polis dari unit yang dilatih khas ini memandai-mandai membunuh seorang model bangsa asing yang dikaitkan dengan seseorang ternama di Malaysia

Pesalah yang sebenarnya pasti tidak dapat lari dari penghakiman yang Maha Adil dan Maha Bijaksana nanti. Pesalah itu bukan sahaja disiksa dengan kesalahan itu malah akan disiksa pula dengan penipuan dan pelbagai putar-belit lain yang dilakukan dalam usaha menyelamatkan dirinya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI