indon mahu gaji amah RM1,620...amacam ada berani ka ambil amah dari sana...?....adakah kerja setimpal dengan gaji...?



Riyadh: Kerajaan  Indonesia  kelmarin mengumumkan, larangan untuk warganya yang ingin bekerja di Arab Saudi hanya akan ditarik balik jika bakal majikan memenuhi beberapa tuntutan baru, termasuk gaji minimum SR1,700 (RM1,620), cuti setiap Jumaat dan bayaran kerja lebih masa.

Pegawai Persekutuan Pekerja Indonesia dijangka tiba di Riyadh hari ini untuk memuktamadkan perjanjian dengan jawatankuasa sumber tenaga Arab Saudi.

Persekutuan itu juga mahu majikan di Arab Saudi membayar gaji tambahan SR100 (RM95) jika pembantu rumah mereka perlu bekerja pada Jumaat atau hari cuti lain, atau SR6 (RM5.70) sejam.

Pegawai Arab Saudi berkata, mereka percaya syarat baru dituntut Jakarta itu akan meningkatkan kos pengambilan pekerja asing menjadi SR12,000 (RM11,437) seorang.

Duta Arab Saudi di Jakarta, Mustafa al-Mubarak berkata gaji yang diminta itu tidak menjadi penghalang untuk membatalkan larangan sedia ada.“Apa yang diperlukan ialah kelulusan kerajaan.

“Kementerian buruh di Indonesia dan Arab Saudi sudah menandatangani perjanjian pengambilan pekerja,” katanya.

Menurut Mustafa, apa yang melengahkan kelulusan penghantaran tenaga kerja dari Indonesia ialah isu politik dalaman.

“Ia tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya.


##


sebenarnya kita bukan mahu menghina...rezeki tu Allah SWT tentukan...namun bior ler setimpal dengan kerja yang di lakukan...

mana tau dengan kerja yang setimpal dan ikhlas ...ada rezeki lain yang menyusul...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI