cucuk 4,550 jarum di badan



LELAKI itu menunjukkan sebahagian daripada 4,550 batang jarum yang dicucuk pada badannya baru-baru ini.

OTTAWA, Kanada – Seorang lelaki di sini mencipta rekod baharu dunia dengan mencucuk 4,550 batang jarum pembedahan di badannya dalam tempoh lapan jam bagi membantu sebuah badan kebajikan semalam.

Lelaki itu, Matthew Menczyk, 30, berkata, dia bercadang mencipta rekod baharu itu kerana mahu mengumpul wang untuk membantu badan kebajikan, Directions Youth Services di sini.

“Saya hanya mampu menangis apabila 4,550 batang jarum dicucuk di seluruh tubuh. Bagi menahan kesakitan itu, saya sanggup menggigit dan menumbuk beberapa objek.

“Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana dapat menahan kesakitan itu demi membuat amal kebajikan,” katanya.

Rekod sebelum ini dicipta oleh seorang warga Amerika Syarikat, Tyson Turk dengan mencucuk 3,900 batang jarum pada badannya pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Matthew berhasrat untuk mencipta satu lagi rekod baharu pada tahun hadapan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI