\
Tinjauan harga sayur di Pasar Seksyen 6, Shah Alam
KLANG: Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini kini mencecah RM10 satu kg di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.
Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor Yusof Bakar.
Katanya kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini,kelmarin.
Bernama
Home
/
cekik darah
/
melanun
/
selangor
/
sayur rm 10 / kg...nak melanun berpada padalah...nak kaya cepat atas kesusahan orang lain...hidup tak berkat..tak kaya mana pun...!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI