dipecat lepas 24 tahun ponteng...itu di india...di malaysia..sebulan ajer ponteng...tindakan keras tu bakal menyusul...!!!

New Delhi: Seorang penjawat awam di India akhirnya dipecat selepas 24 tahun tidak datang bekerja.
Kali terakhir Jurutera AK Verma datang bekerja ialah pada Disember 1990.

Dia diberhentikan dua tahun kemudian selepas siasatan mendapati dia mengingkari arahan supaya datang bekerja.

Bagaimanapun, ia mengambil masa 22 tahun lagi untuk memecatnya, itu pun selepas seorang menteri Kabinet campur tangan.

“Dia datang untuk melanjutkan cuti, tetapi tidak dibenarkan malah dia turut mengingkari arahan untuk datang bekerja,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan.

Undang-undang buruh India, yang menurut Bank Dunia paling rumit di dunia, menyukarkan tindakan untuk memecat kakitangan atas sebab lain selain jenayah.

Beberapa negeri, termasuk Rajasthan dan Madhya Pradesh, baru-baru ini meminda undang-undang bagi memudahkan pengambilan serta pemecatan kakitangan, tetapi mendapat tentangan daripada kesatuan pekerja


##


itu di india...di negara ini.....ramai kebuloq nak kojo dengan gomen...al maklum lah terjamin.....tu pasal jangan memonteng tak memasal...silap hari bulan  tempat  ko orang  dah ada pengantinya...jangan cari pasal...keh keh keh





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI