gusti unta jadi tarikan



BERIBU-ribu penonton menyaksikan satu perlawanan gusti unta di sebuah gelanggang di Selcuk, Turki kelmarin.

SELCUK, Turki – Beribu-ribu pelancong membanjiri bandar kecil ini untuk menyaksikan festival gusti unta yang merupakan acara tradisi dan diadakan setiap tahun di Turki.

Festival berkenaan yang dipercayai bermula sekitar 2,400 tahun lalu merupakan antara daya tarikan utama pelancong untuk mengunjungi bandar ini.

Dalam acara tersebut yang berlangsung sejak beberapa hari lalu itu, beratus-ratus ekor unta yang dihiasi fabrik berwarna-warni akan bertarung dalam sebuah gelanggang untuk untuk dinobatkan sebagai juara.

Berbeza dengan pertandingan laga lembu ganas, unta yang menyertai acara itu hanya menggunakan taktik menolak, mengepit kepala dan membentes kaki untuk menjatuhkan lawan.

Walaupun pertandingan tersebut dianggap tidak ganas tetapi aktivis-aktivis haiwan bimbang acara boleh mencederakan unta yang menyertainya.

Sejak beberapa tahun lalu, pihak penganjur telah membuat beberapa perubahan termasuk memperkenalkan kategori berat dan umur bagi memastikan setiap unta bertemu lawan yang setara

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI