hias studio guna 16 tan wang kertas



CHEN bersama hiasan not kertas 100 yuan di sebuah studio stesen televisyen di Nanjing, China.

Nanjing: Seorang jutawan China menghiasi ruangan studio di sebuah stesen televisyen di negara itu dengan timbunan wang miliknya. Chen Guangbiao membawa wang kertas 100 yuan seberat 16 tan yang diisi dalam tong untuk menghias studio berkenaan.

Dia berbuat demikian untuk mempromosikan lonjakan ekonomi yang dijana pentadbir Nanjing, ibu negeri Jiangsu kelmarin. Sebagaimana dipetik daripada Chinadaily, wang berkenaan dibawa ke stesen televisyen terbabit dengan trak besar dan memerlukan 20 orang untuk menghiasi studio berkenaan selama lima jam. Wang not 100 yuan dilihat tersusun dengan rapi di studio itu.

Chen berkata, ini kali keenam dia menggunakan wang sebagai latar belakang untuk tujuan promosi amal sejak 2010. Chen juga menegaskan dia bersikap terbuka jika pihak berkuasa ingin melakukan pemeriksaan mengenai aktiviti perniagaannya.

Kekayaan Chen  di anggarkan mencecah AS$576 juta (RM1.8 bilion) pada 2010. Selain kaya raya, Chen turut dikenali sebagai usahawan pemurah. Dia pernah membahagi wang di jalan raya dengan mengedarkan sampul surat berwarna merah yang berisi wang tunai di dalamnya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI