minta maaf, pulang balik ‘toiletries’ dicuri....bro...dalam islam...matlamat tidak pernah menghalalkan cara...!!!
GAMBAR menunjukkan satu beg plastik berisi toiletries yang dipulangkan oleh seorang pencuri kepada sebuah kedai runcit .
Barangan tersebut dipercayai dicuri seorang mangsa banjir baru-baru ini, berdasarkan nota ditinggalkan pada plastik berkenaan yang berbunyi ‘Harap maafkan saya kerana mencuri barang ketika banjir hari itu. Saya pulangkan balik.’
Individu yang bertanggungjawab bagaimanapun tidak diketahui kerana dia dipercayai segera menghilangkan diri sebaik sahaja memulangkan barangan yang pernah dicurinya itu
Lokasi kedai tersebut juga tidak didedahkan oleh sumber yang berkongsi gambar ini.
Sementara itu, ramai berpendapat mangsa banjir tersebut berkemungkinan terlalu terdesak hingga menyebabkan dia bertindak mencuri tempoh hari.
Tak dinafikan, banjir yang melanda baru-baru ini agak dahsyat keadaannya di sesetengah tempat, hinggakan ada penduduk di kawasan tertentu terputus barangan keperluan.
Apa pun sebagai penganut Islam, kita harus ingat bahawa ‘matlamat tidak pernah menghalalkan cara’.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI