sambut tahun baru dengan kutip wang palsu ...36 orang nyawa melayang

SHANGHAI – Sambutan tahun baharu di sini bertukar tragedi apabila 36 orang dilaporkan maut, manakala 48 lagi cedera dalam rempuhan dipercayai kerana berebut wang palsu di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Dataran Chen Yi di Bund sebelum menjelang tengah malam itu, kebanyakan mangsa yang mati terdiri daripada pelajar dan 25 orang adalah wanita.

Punca sebenar kejadian rempuhan itu belum dapat dipastikan, namun media tempatan dan saksi berkata, insiden itu disebabkan orang ramai cuba untuk mengutip wang palsu.



GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukkan sebahagian mangsa bergelimpangan dalam kejadian rempuhan semasa sambutan tahun baharu di Shanghai malam kelmarin

Seorang lelaki yang membantu mangsa cedera berkata, kepingan wang palsu dilemparkan daripada bar yang terletak di atas sebuah bangunan ke jalan raya yang merupakan sebahagian daripada acara sambutan tahun baharu.

“Orang ramai berebut-rebut mengutip wang itu dan saling merempuh antara satu sama lain,” kata lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wu.

Sementara Cui Tingting, 27, mengakui dia turut berebut mengutip wang kertas yang jatuh bertaburan, namun membuangnya apabila melihat wang kertas tersebut adalah palsu.

“Perbuatan ini sangat kejam, kerana berebutkan wang kertas palsu orang ramai ditolak sehingga jatuh dan dipijak-pijak oleh mereka yang masih mengejar taburan wang tersebut,” katanya.

Pihak pengurusan bar yang didakwa membuat taburan wang palsu tersebut bagaimanapun enggan membuat sebarang kenyataan.

Kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan awal telah pun bermula dan semua acara sambutan tahun baharu di sini telah dibatalkan.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang terbunuh dalam kejadian itu, manakala seorang lagi cedera.

Menurut kenyataan, pihak kementerian sedang berusaha menghubungi keluarga mangsa yang terbunuh, manakala mangsa yang cedera, Ooi Hooi Yi, 20, kini dirawat di Hospital Changzheng

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI