tiga beradik di sahkan dijangkiti leptospirosis





air terjun di kedah dan kakitangan kesihatan menyebur kawasan yang di syaki di jangkiti wabak berkenaan .

ALOR SETAR - Hasil ujian makmal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur mengesahkan tiga beradik, seorang daripadanya meninggal dunia 5 Disember lalu, dijangkiti leptospirosis atau kencing tikus.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, sampel darah ketiga-tiga beradik itu dihantar ke makmal IMR untuk pengesahan setelah mereka didapati demam hingga seorang daripadanya maut selepas mengunjungi pusat rekreasi Salak Denai Chalet di Yan pada 20 November lalu.

"Kejadian tersebut telah menyebabkan kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun itu meninggal dunia pada 5 Disember lalu, manakala dua adiknya berusia lima dan dua tahun dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 6 Disember lalu," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pasukan kawalan penyakit dan jurutera Jabatan Kesihatan negeri Kedah bersama-sama Pegawai Kesihatan Daerah Yan, Pegawai Daerah Yan dan pegawai Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah melakukan pemeriksaan di chalet berkenaan hari ini.

"Hasil perbincangan dengan pengusaha chalet itu, Jabatan Kesihatan negeri Kedah melalui Pejabat Kesihatan Daerah Yan telah menutup serta merta chalet berkenaan," katanya. - Bernama

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI