kerja gila...berselfie di loji nuklear



SAINT PETERSBURG, Rusia –Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear di bandar ini dan mengambil gambar secara selfie di atas sebuah menara di dalam loji berkenaan.

Lima remaja tersebut mengambil kesempatan terhadap satu projek pembinaan di loji terbabit untuk menceroboh sebelum memanjat satu menara setinggi 150 meter.

Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov berkata, mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal yang berkawal di lokasi itu.

“Kami terus berjalan seperti biasa dan memanjat menara berkenaan untuk merakamkan gambar serta video,” katanya.

Kumpulan remaja itu mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik gambar tersebut di internet.

Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, tindakan kumpulan remaja itu sangat bahaya dan mereka boleh dihukum penjara sekiranya ditangkap pihak berkuasa.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI