berselfie di puncak banggunan tertinggi di dunia
2:26 PG
banggunan tertinggi
,
Burj Khalifah
,
dubai
,
dunia
,
luar negara
,
sakit mental
,
selfie
,
UAE
Edit
PEMANDANGAN sekitar bandar raya Dubai dari puncak Burj Khalifa.
Jurugambar warga Britain Gerald Donovan memilih lokasi menakjubkan untuk merakam selfie pertamanya-Burj Khalifah di Dubai-bangunan terÂtinggi di dunia.
Donovan, 47, merakam gambar luar biasa dirinya untuk menyiapkan projek 360 Dubai.
Projek itu membenarkan sesiapa saja melawat bandar itu secara interaktif.
"Saya tidak gemar berselfie. Seingat saya, ini kali pertama saya melakukannya. Tambahan pila, ia peluang terbaik untuk dilepaskan," katanya.
Donovan yang berasal dari Cheltenham dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu sejak tujuh tahun lalu, menggunakan kamera panoramik khas yang dikawal oleh aplikasi iPhone untuk merakam gambarnya di ketinggian 830 meter.
Dubai360.com yang akan dilancarkan pada Januari 2015 akan membolehkan pengguna 'melancong' ke seluruh Dubai dengan hanya menyentuh butang dan ia termasuk pemandaÂngan panoramik 36 jam dari puncak Burj Khalifa.
"Penonton boleh berinteraksi menerusi video, menentukan sendiri arah mana mereka hendak melihat, termasuk mengezum dekat dan jauh bagi meneliti sesuatu deÂngan lebih terperinci.
"Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada.
"Dengan menontonnya menerusi Internet, orang ramai dapat merasakan seolah-olah mereka mengelilingi Dubai," secara lebih dekat," katanya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI