terselamat walaupun di tanduk 2 kali

Mexico City: Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.

Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.





SELEPAS dirawat, Karla masuk semula ke gelanggang dan dirodok kali kedua.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.
Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI