bayi lahir dengan 3 tangan

BHAVANGAR, India – Sekumpulan doktor di Hospital Awam Ahmedabad di negeri Gujarat berjaya membuang tangan seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga tangan.

Pembedahan terhadap bayi berusia dua minggu tersebut dilakukan oleh seorang doktor pakar, Dr. Rakesh Joshi pada 17 Disember lalu.



KEADAAN bayi di Gujarat, India yang dilahirkan dengan tiga tangan.

Bayi tersebut yang memiliki dua tangan kiri berpunca daripada sindrom polymelia yang menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.

Keadaan itu terjadi apabila satu daripada dua embrio di dalam rahim yang sepatutnya menjadi kembar siam berhenti membesar lalu meninggalkan anggota badannya melekat pada bayi yang lahir.

Sindrom berkenaan sangat jarang terjadi dan hanya ditemui satu dalam sejuta kelahiran.

Joshi berkata, bayi tersebut bukan saja dilahirkan dengan tiga tangan tetapi dia turut memiliki kaki kanan yang bengkok serta hanya mempunyai satu buah pinggang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI