tanggung hampir RM3.4 bilion tuntutan insurans...syarikat insuran jerman ini boleh jadi bangkrap

Syarikat insurans terkemuka dari Jerman ALLIANZ yang juga syarikat insurans kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia mungkin terpaksa menanggung tuntutan sehingga berjumlah hampir RM3.4 bilion ekoran tragedi MH370, MH17 dah QZ8501.







pesawat penumpang airasia  indonesia di sahkan terhempas apabila menemui  serpihan dan mayat penumpangnya .

Difahamkan mengikut perjanjian untuk penumpang sahaja, jika berlaku kemalangan waris akan mendapat bayaran US$150,000 (RM500,000).

Jika dijumlahkan semua penumpang dari pesawat MH370 (239), MH17 (298) dan QZ8501 (162) kesemuanya menjadi 699 orang membawa kepada jumlah hampir RM4 bilion berkenaan yang perlu ditanggung oleh ALLIANZ, silap haribulan boleh bungkus agaknya.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Allianz Global Korporat & Specialty UK (AGCS) adalah peneraju syarikat insurans utama untuk AirAsia, untuk pesawat penerbangan dan insurans liabiliti,” kata seorang jurucakap ALLIANZ dalam satu kenyataan media.

Setakat ini ALLIANZ merupakan penanggung insurans bagi penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi Mac lepas dan juga pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada Julai lepas di Ukraine.

Bagi syarikat insurans, nahas udara merupakan antara empat punca utama kerugian syarikat yang tidak berkaitan bencana alam, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, demikian menurut laporan syarikat itu.

Berkenaan jumlah pampasan, ALLIANZ enggan memberi reaksi mereka dan juga enggan mendedahkan nama syarikat insurans lain yang terbabit dalam pembayaran tuntutan kehilangan pesawat AirAsia berkenaan yang terkini berlaku.

Jika dilihat daripada dua tragedi sebelum ini, ALLIANZ bersama syarikat insurans lain perlu menanggung kos kehilangan pesawat Airbus A320-200 itu serta pampasan kepada waris mangsa.

Ahad lepas pesawat AirAsia Indonesia, dengan kod penerbangan QZ8501 hilang dari radar pada pukul 7.24 pagi ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya.

Semalam, serpihan pesawat serta enam mayat ditemui oleh Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) di Selat Karimata arah Tenggara dari Belitung.

Penemuan itu mengesahkan pesawat berkenaan terhempas dan semua penumpang dan anak kapal terbunuh

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI