Sebuah pesawat pencarian pesawat AirAsia QZ8501 turut mengesan bayang-bayang di dasar laut yang menyerupai bangkai sebuah pesawat dipercayai pesawat berkenaan yang hilang sejak Ahad lepas.
Lokasi bayang-bayang berkenaan ialah berhampiran serpihan pesawat QZ8501 dan mayat ditemui di perairan Kalimantan berhampiran Pangkalan Bun dan Kalimantan Barat di Laut Jawa.
“Allah memberkati kita hari ini,” kata Ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) Bambang Soelistyo dalam sidang media mengumumkan penemuan serpihan itu tadi.
Menurut beliau, pada pukul 12.50 tengahari, sebuah pesawat Hercules C-130 mengesan objek dilihat berupa bayang-bayang di dasar lautan yang menyerupai sebuah pesawat.
Sementara itu, pihak tentera Indonesia dilaporkan sudah mengesan enam mayat berkaitan pesawat itu turut ditemui hari ini.
bangkai pesawat di kesan di dasar laut...?
7:13 PTG
air asia
,
air asia Airbus A320-200
,
bangkai
,
dasar laut
,
indonesia
,
luar negara
,
pesawat hilang
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI