NEW YORK – Seorang lelaki kerdil menerima pujian daripada peminat sukan bola keranjang kerana memiliki kemahiran yang tinggi dan mampu bersaing dengan lawan yang dua kali ganda lebih tinggi.
Lelaki tersebut, Jahmani Swanson, 29, yang memiliki ketinggian 1.34 meter juga dianggap setanding pemain legenda bola keranjang, Michael Jordan selepas berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejohanan.
WALAUPUN memiliki tubuh badan yang kerdil tetapi Swanson mampu bersaing dengan lawan yang lebih tinggi
Swanson kini bintang utama pasukan New York Towers yang beraksi dalam liga bola keranjang orang kerdil di Amerika Syarikat.
Sejak beraksi dalam pasukan tersebut, Swanson sering membuat penonton terpegun dengan kemahirannya di atas gelanggang dan kemampuannya menjaringkan gol.
“Ramai peminat percaya saya boleh menjadi pemain bola keranjang terkenal dunia jika saya memiliki tubuh badan yang tinggi.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah berasa sedih dilahirkan sebegini kerana percaya saya dianugerahkan bakat yang luar biasa ini.
“Saya sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan terasa teruja apabila berdepan lawan yang lebih tinggi dari saya,” katanya
Home
/
amerika syarikat
/
bintang
/
bola keranjang
/
kerdil
/
luar negara
/
orang kerdil jadi bintang bola keranjang
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI