selain terpalit dari terlibat dalam beberapa skandal ,pengarah biro siasatan india rupanya kaki tidur



PENGARAH CBI, Ranjit Sinha dirakam tertidur semasa Perdana Menteri Narendra Modi berucap di negeri Assam kelmarin.

NEW DELHI – Polis India mendapat malu kelmarin selepas aksi ketua mereka tidur semasa Perdana Menteri Narendra Modi berucap mengenai amalan kepolisan, SMART disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Barisan pegawai kanan polis sebelum itu berkumpul di negeri Assam, timur laut India untuk menghadiri satu persidangan utama melibatkan isu keselamatan negara.

Semasa Modi berucap tentang keperluan polis untuk sentiasa siap siaga, bertanggungjawab dan responsif kamera menunjukkan pengarah Biro Siasatan Pusat (CBI), Ranjit Sinha beberapa kali tertidur.

“Dengan amalan perinsip SMART, saya bermaksud S untuk tegas tetapi sensitif, M untuk moden dan mobiliti, A untuk siap siaga dan bertanggungjawab, R untuk boleh diharap dan responsif serta T untuk cekap teknologi dan terlatih,” kata Modi.

Sinha yang mengetuai agensi siasatan jenayah utama di India dirakam oleh stesen televisyen NDTV turut tidur semasa menteri dalam negeri menyampaikan ucapan mengenai ancaman militan.

Seorang jurucakap CBI enggan mengulas tentang rakaman tersebut tetapi menambah bahawa Sinha tiada mengalami masalah kesihatan yang boleh menyebabkan beliau tertidur.

Sinha yang akan bersara tidak lama lagi terpalit kontroversi berhubung siasatan CBI terhadap kes penjualan lesen perkhidmatan telekomunikasi 2G pada harga terlalu rendah.

Mahkamah Agung India menggugurkan Sinha daripada kes berkenaan awal bulan ini selepas beliau dituduh menemui beberapa suspek yang terlibat dalam komplot itu ketika CBI masih menjalankan siasatan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI