90,000 pesanan sia sia dihantar ke marikh...apa ko pikir mahluk asing akan baca ke..?






WASHINGTON – Beberapa teleskop radio di Bumi memancarkan sejumlah 90,000 pesanan ke Marikh kelmarin sebagai meraikan pelancaran kapal angkasa robotik pertama ke planet berkenaan 50 tahun lalu.

Sebuah firma Amerika Syarikat (AS), Uwingu menganjurkan program tersebut bagi meraikan ulangtahun ke-50 misi Mariner 4 oleh Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di samping mengumpul dana projeknya yang lain.

Melalui program Beam Me To Mars itu, peserta boleh menghantar nama mereka, pesanan dan gambar ke Marikh menerusi gelombang radio dengan bayaran antara AS$5 (RM16.90) hingga AS$99 (RM334.85).

Program unik itu menarik perhatian beberapa selebriti termasuk aktor dan pelawak, Seth Green serta pelakon siri televisyen Star Trek, George Takei.

Pancaran gelombang itu bermula sejurus selepas pukul 3 petang (waktu AS) kelmarin.

Gelombang radio yang bergerak pada kelajuan cahaya itu akan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke Planet Marikh.

“Walaupun tiada sesiapa menerima pesanan-pesanan itu di Marikh, penduduk di Bumi dapat mendengarnya dengan jelas,” kata Uwingu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Sejak kejayaan Mariner 4 melewati Marikh dan menghantar pulang gambar pertama permukaan planet itu, lebih 20 kapal angkasa lain telah berjaya melewati, mengorbit atau mendarat di permukaan Marikh.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI