kediaman usang di tumbuhi pokok pun boleh hasilkan pendapatan sewa secara haram lebih RM 200 K setahun



LONDON – Seorang penduduk mampu memperoleh pendapatan sehingga £40,000 (RM211,720) setahun hasil dari menyewa secara haram sebuah kediaman usang dan mempunyai pokok besar yang tumbuh dalam rumah tersebut.

Gambar yang dirakamkan dalam rumah tiga bilik yang terletak di Clapham, barat London itu menunjukkan sebatang pokok telah membesar di dalam salah satu bilik.

Majlis Perbandaran Lambeth menganggarkan bahawa, pemilik rumah itu telah menyewakan rumah tersebut pada kadar £100 (RM529) seminggu dan mampu memperoleh keuntungan sehingga £40,000 (RM211,720)) setahun.

Rumah itu merupakan salah satu daripada 1,200 buah rumah yang diserahkan untuk diurus oleh Persatuan Perumahan dan Koperasi pada tahun 1970-an sebelum ia dituntut kembali oleh Majlis Perbandaran Lambeth untuk dijual kepada syarikat hartanah.

Sehingga kini kediaman itu masih berlum terjual dan dibiarkan kosong.

“Mereka yang tinggal dalam rumah haram ini berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka,” kata Matthew Bennett yang merupakan seorang ahli kabinet perumahan.

Katanya lagi, beliau terkejut bagaimana mereka mampu membuat wang dengan menyewa rumah itu yang berbahaya dan tidak selamat untuk diduduki.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI