kerajaan malaysia di terajui UMNO tiru perangai zionis suka mungkir janji
9:36 PG
abu mayat
,
chin peng
,
hina
,
kerajaan parti beruk
,
kerajaan khianat
,
mungkir janji
,
pejuang kemerdekaan
,
phobia
,
PKM
Edit
dengan abu mayat chin peng ..kerajaan melayau UMNO dia berani mungkir janji...!!!
dengan rakyat malaysia yang ramai cerdik pandai dengan muka selamba dan tak tau malu terang terang dia berani kelentong....!!!
Kerajaan barisan nasional di terajui UMNO di gesa membenarkan abu mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke tanah air, sempena menyambut tamatnya pemberontakan komunis selama 25 tahun.
Kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Thailand.
Dengan tidak membenarkan kepulangan Chin Peng semasa hayat dan selepas kematiannya, kerajaaan Malaysia gagal menghormati malah berlaku khianat terhadap perjanjian berkenaan.
Salah satu syarat perjanjian yang ditandatangani di Hatyai adalah ahli PKM dari Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka mahu berbuat demikian.
Bagaimanapun, Chin Peng yang nama sebenarnya Ong Boon Hua dihalang kembali malah abunya kini juga dihalang disemadikan di Malaysia.
Tidak membenarkan abu berkenaan kembali ke tanah air merupakan satu perkara yang tidak boleh ditolak ansur oleh undang-undang keadilan sejagat.
Pakar, sarjana dan pengulas isu semasa yang menyertai atau menyaksikan rundingan perjanjian itu melihat Malaysia memungkiri janji dengan terus menjadi alat berbau perkauman dengan mengecam mendiang sebagai pengganas di media.
Chin Peng pernah bercerita bagaimana kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian itu "dalam keadaan yang jujur dan berkebajikan".
Chin Peng melahirkan kekesalan yang dia tidak dibenarkan kembali, satu keputusan yang memperlihatkan kerajaan Malaysia tidak menghormati perjanjian itu.
Perjanjian damai itu mestilah dihormati yang juga merupakan salah satu sebab mereka meraikan sambutan ulang tahun perjanjian itu.
Sebab pertama adalah menghormati roh perjanjian, menentang kezaliman konspirasi politik yang tidak adil dan berusaha untuk pembaharuan demi rakyat, demokrasi dan perpaduan.
Sebab kedua adalah untuk menggesa semua pihak yang menandatangani perjanjian ini, iaitu kerajaan Malaysia mematuhi syarat, memenuhi janji, mendengar suara rakyat dan membenarkan abu Chin Peng di bawa balik ke tanah kelahirannya.
Perjanjian damai itu membawa kesan penting.Ia menstabilkan masyarakat, membawa keharmonian, keamanan dan kesatuan.
Berdasarkan sejarah, Chin Peng yang menyertai komunis ketika berusia 16 tahun dan bersama British menentang Jepun semasa Perang Dunia ke-2.
Namun sebagai pejuang anti penjajah, beliau berjuang pula menentang British dalam cubaan mewujudkan negara yang bebas dari pengaruh penjajah sepenuhnya di Malaya.
Selepas Malaya mendapat kemerdekaan pada 1957, beliau terus memperjuangkan bahawa kerajaan malaya yang baru merdeka ( tidak sepenuhnya merdeka ) masih lagi di pengaruhi oleh dasar penjajah dengan tidak mengiktiraf PKM dan parti parti lain yang sama sama menuntut kemerdekaan .
Dengan ini hanya menonjolkan seolah olah UMNO sahaja lah pejuang kemerdekaan sejati yang sebenarnya adalah hipokrit semata mata kerana masih bersekongkol dengan penjajah dan penjarah sehinggalah kini .Itu sebab mendiang dan partinya cuba menjatuhkan kerajaan sehinggalah PKM meletakkan senjata dan menandatangani Perjanjian Hatyai pada 1989
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI