dengan abu mayat chin peng pun phobia inikan ajak berdebat...kecut teloq ...harap mampu goyang teloq dalam seluaq ajer la...UMNO...oh UMNO...dulu kini dan selama bacul...tapi cakap berdegaq degaq....!!!



dengan abu mayat  chin peng pun UMNO kecut teloq...sampai tergamak langgar  perjanjian perdamaian hatyai ...nampaknya kerajaan malaysia yang di terajui oleh UMNO lahanat tidak boleh di pegang pada janji...bila berjanji dia khianat serupa zionis....!!!


Menjelang sambutan 25 tahun Perjanjian Hatyai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Putrajaya tetap tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng masuk dalam negara.

Menteri dalam negeri itu berkata, kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dalam sebarang desakan untuk membawa pulang abu mayat bekas setiausaha agung PKM itu.

"Kita tidak benarkan sama sekali (bawa pulang abu mayat) kerana kita amat hormati sensitiviti anak dan cucu-cicit anggota tentera, polis dan juga rakyat Malaysia sekarang yang mana anggota keluarga mereka terkorban angkara kekejaman Chin Peng dahulu," kata Zahid di Melaka kelmarin  seperti dilaporkan Bernama.

Kelmarin sebuah persatuan yang mempromosikan setiakawan menggesa Putrajaya membenarkan abu mendiang Chin Peng dibawa pulang ke tanah air, sempena menyambut tamatnya pemberontakan komunis itu selama 25 tahun.

Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21 Lee Huck Tee berkata kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama PKM dan kerajaan Thailand.

Dengan tidak membenarkan kepulangan Chin Peng semasa hayat dan selepas kematiannya, Lee berkata kerajaaan Malaysia gagal menghormati perjanjian berkenaan.

Salah satu syarat perjanjian yang ditandatangani di Hatyai adalah ahli PKM dari Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka mahu berbuat demikian.

Bagaimanapun, Chin Peng yang nama sebenarnya Ong Boon Hua dihalang kembali, malah abunya kini juga dihalang disemadikan di Malaysia.

"Tidak membenarkan abu berkenaan kembali ke tanah air merupakan satu perkara yang tidak boleh ditolak ansur oleh undang-undang keadilan sejagat," katanya.

Lee berkata pakar, sarjana dan pengulas isu semasa yang menyertai atau menyaksikan rundingan perjanjian itu melihat Malaysia memungkiri janji dengan terus mengecam mendiang sebagai pengganas di media.

"Lima tahun lalu, kami mengadakan sambutan ulang tahun ke-20 perdamaian Perjanjian Hatyai.

"Topik yang hangat dibincangkan sama ada Chin Peng yang sudah menandatangani perjanjian itu dibenarkan kembali ke tanah air," katanya ketika berucap di sambutan ulang tahun ke-25 Perjanjian Hatyai di Pulau Pinang malam tadi.

Lee berkata, Chin Peng pernah bercerita bagaimana kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian itu "dalam keadaan yang jujur dan berkebajikan".

Chin Peng melahirkan kekesalan yang dia tidak dibenarkan kembali, satu keputusan yang memperlihatkan kerajaan Malaysia tidak menghormati perjanjian itu, kata Lee.

Dia berkata perjanjian damai itu mestilah dihormati yang juga merupakan salah satu sebab mereka meraikan sambutan ulang tahun perjanjian itu.

"Sebab pertama adalah menghormati roh perjanjian, menentang kezaliman konspirasi politik yang tidak adil dan berusaha untuk pembaharuan demi rakyat, demokrasi dan perpaduan.

“Sebab kedua adalah untuk menggesa semua pihak yang menandatangani perjanjian ini, iaitu kerajaan Malaysia mematuhi syarat, memenuhi janji, mendengar suara rakyat dan membenarkan abu Chin Peng di bawa balik ke tanah kelahirannya,” katanya






##





tu dia dasar perkauman dan lidah bercabang kerajaan UMNO....bila berjanji dia khianat...sepatutnya PKM kalau tau hal ini terjadi jangan letak senjata...buat apa berjanji dengan pengkhianat...

cuba tengok betapa rasis nya UMNO....musa ahmad dan abdullah cd orang kuat PKM lebih tinggi kedudukan dari chin peng boleh pulak di benarkan balik malaysia...ini abu mayat....di ulang sekali lagi...abu mayat...untuk kerajaan UMNO yang pekak badak...nak mintak izin balik malaysia tak kasi...apa punya jenis kerajaan macam ini...?

nak jaga sensitiviti keluarga angota tentera dan polis yang terkorban masa berperang PKM...? mengarut la...nasib anggota keluarga mereka itu pun kerajaan tak terbela ...itu pun untung ada mat sabu bangkitkan perkara ini...baru dapat pembelaan dan di kenang jasa mereka kalau tak...hampas...

las las mat sabu di cop komunis...dulu syiah di tuduh umno kini komunis ...lepas ini ISIS pulak dah...bahlul UMNO kini dan selamanya....kah kah kah...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI