BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang harimau saiz sederhana
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 tin kecil nenas dalam tin
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang harimau dibersihkan, tak perlu dibuang kulitnya. Gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan.
Sementara itu, cili merah dan hijau, dibelah 2, buang biji dan hiris kasar setiap belahan. Nenas ditoskan, kemudian potong kecil, asingkan airnya. Ketepikan.
Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai dan sos plum, kacau rata. Masukkan air dari nenas dalam tin tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
Tambah udang, bawang besar, nenas, cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dhidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI