BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ketam bunga saiz sederhana
1 biji peria kambas, saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah, buang bijinya
6 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar
CARA MEMBUATNYA :-)
Ketam dibersih dan kerat kaki2 kecilnya. Cuci dan toskan. Peria kambas dibelah 2, buang bijinya, potong sederhana tebal dan rendam dalam air garam selama 15 minit, dan toskan.
Masuk ketam ke dalam periuk, masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna.
Tuang santan cair, masukkan asam gelugor dan biar mendidih. Tambah peria kambas dan masak hingga peria lembut.
Tuang pati santan, masukkan kiub pati ikan bilis (jika suka), perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar dan sambal belacan.....
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI