resepi biskut bunga zahra

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram mentega ( SCS butter)
75 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
330 gram tepung gandum*
45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
50 gram kelapa panggang (toasted coconut), dikisar halus
70 gram badam kisar
70 gram nestum, dikisar halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Kuning telur untuk sapuan
Coklat M&M nntuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar hingga rata. Sementara itu, satukan kelapa panggang yang telah dikisar, nestum dan serbuk badam ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata.

Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung yang digaul rata tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang dilembapkan.

Bahagi doh kepada 4 bahagain. Ambil satu bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan bentuk bunga dan susun atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan hias dengan sebiji coklat M&M (tekan sedikit agar melekat).

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada sihu 170C selama 20 minit atau hingga masak. dan keperangan. Selepas dibakar 10 minit, anda pusingkan dulang agar biskut masak sekata. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.

CATATAN :-

Jika anda guna acuan . Sapu sedikit minyak makan pada acuan sebelum anda terap pada adunan biskut. Ini akan memudahkan adunan biskut tanggal dari acuan...Selamat mencuba!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI