monyet pun boleh beri bantuan kecemasan

New Delhi: Orang ramai di sebuah stesen kereta api di utara India sempat memerhatikan bagaimana seekor monyet menyelamatkan rakannya yang terkena renjatan elektrik dan pengsan di landasan.

Monyet yang terkena renjatan elektrik itu jatuh di tengah landasan selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi di stesen berkenaan di Kanpur, bandar di utara India.

Rakannya datang untuk menyelamatkannya dan dia dirakam mengangkat monyet yang tidak sedarkan diri itu, menggoncangnya serta merendamkan seketika dalam lopak berlumpur sebelum menggigit kepala dan kulit sehingga mangsa sedar beberapa minit kemudian.

Monyet yang menjadi mangsa renjatan elektrik itu, dengan berlumpuran lumpur dilihat membuka mata dan bergerak semula tidak lama selepas itu.



SEEKOR monyet menggigit rakannya yang pengsan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI