resepi agar agar soya berlapis coklat

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 liter minuman soya YEO'S
200 ml susu sejat
10 gram serbuk agar-agar (sebarang jenama)
5 camca besar penuh gula pasir
2 camca besar serbuk koko
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam
Sedikit air (dalam 5 - 6 camca besar)
Sedikit serbuk koko, untuk hiasan, jika suka




CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan serbuk agar-agar dan 4 camca besar gula ke dalam periuk. Kacau rata. Tuang minuman soya YEO'S dan susu sejat, kacau rata. Masukkan daun padan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan larut.

Keluarkan daun pandan. Kemudian agar-agar dibahagi dua bahagian (kurang lebih 600ml setiap satu) dan masukkan ke dalam dua periuk kecil. Biar dengan api paling kecil.

Masukkan serbuk koko dalam salah sati periuk berisi agar-agar tadi bersama baki 1 camca besar gula. Kacau rata hingga larut dan sebati. Sediakan loyang 7 inci x 7 inci x 1 inci, alas bawah loyang dengan tuala dapur yang telah dibasahkan.

Cedok 200 ml agar-agar soya dan tuang dalam loyang tadi. Biarkab 2 - 3 minit hingga agar-agar keras sedikit. Berhati-hati tuang pula 200ml agar-agar coklat. Buat berselang-seli hingga habis (soya - coklat - soya - coklat - soya - coklat).

Sejukkan sekejap dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cara menghidang ikut kreativiti anda.

Terap dengan acuan biskut bentuk hati kemudian tabur dengan sedikit serbuk koko sebagai hiasan, jika suka. Sedap dimakan dingin...


CATATAN :-

Di sarankan anda guna periuk kecil dan sentiasa panaskan dengan api paling kecil untuk mengelakkan agar-agar mengeras sebelum sempat anda melapis.

Satu lagi, agar-agar soya (yang tanpa serbuk koko), mungkin akan tidak cukup 200 ml pada saat-saat akhir (untuk lapisan ke-5). Anda boleh tambah sedikit air, tapi jangan banyak sangat, dalam 5 - 6 camca besar dan panaskan..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI