penggunaan komputer riba yang kerap jejaskan pinggang



PENGGUNAAN komputer riba yang terlalu kerap boleh menyebabkan individu mengalami sakit pada bahagian punggung dan pinggang yang kronik

PENGGUNAAN komputer riba dalam aktiviti harian sudah tidak asing lagi bagi masyarakat masa kini.

Bukan sekadar orang dewasa, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga didapati menggunakan alat tersebut secara meluas.

Selain digunakan di dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran, komputer riba juga kadangkala digunakan untuk menonton filem, mendengar lagu serta melayari internet.

Bagaimanapun, penggunaan komputer riba yang terlalu kerap boleh menyebabkan individu mengalami sakit kronik pada bahagian punggung dan pinggang.

Ini kerana, ketika menggunakan komputer riba, individu sering mengabaikan posisi tubuh mereka.

Teknologi telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan harian manusia.

Rata-rata masyarakat masa kini menghabiskan 80 peratus daripada waktu mereka di hadapan komputer riba dan ia ternyata memberi kesan negatif pada kesihatan tubuh.

Dari kajian, 48 peratus daripada individu yang kerap menggunakan komputer riba mengalami sakit punggung dan leher selain sukar untuk tidur pada waktu malam.

Bukan sekadar komputer riba, kesan itu turut terjadi pada penggunaan tablet dan telefon pintar.

Cahaya dari komputer riba akan merangsang otak untuk selalu terjaga sehingga membuatkan individu tidak mampu mendapatkan rehat yang secukupnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI