pengasuh di rakam tendang budak enggan makan



HSIAO dilihat menendang anak majikannya yang berusia lima tahun selepas kanak-kanak itu enggan makan.


BEIJING – Seorang pengasuh ditahan pihak polis selepas aksinya memukul dan menendang anak majikannya kerana enggan makan berjaya dirakam sebuah kamera keselamatan.

Dalam rakaman tersebut, pengasuh berkenaan, Heng Hsiao, 32, dilihat memukul dan menendang seorang budak lelaki berusia lima tahun ketika ibu bapanya keluar makan malam.

Ibu mangsa Qing Chin, 28, berkata, selepas mereka pulang ke rumah, dia lihat Hsiao kelihatan normal dan memberitahu anaknya sedang tidur.

Katanya, apabila dia pergi ke bilik tidur, dia mendapati anaknya sedang menangis dan memberitahu dia dipukul.

“Saya terus meneliti rakaman kamera keselamatan yang dipasang di ruang tamu dan terkejut selepas melihat anak saya dipukul dengan kejam,” katanya.

Sementara itu, pihak polis memberitahu, wanita tersebut telah ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI