nasib baik tak di bakar hidup hidup....lelaki hidup semula sebelum dibakar




JASAD Deepak diletakkan di atas kain sebelum upacara membakar mayatnya dimulakan.

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 72 tahun yang disahkan meninggal dunia tiba-tiba bangun beberapa minit sebelum mayatnya dibakar dalam satu upacara agama Hindu baru-baru ini.

Deepak Singh disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor selepas dia pengsan ketika memberi makan lembu berhampiran rumahnya di bandar Bhilwada, negeri Rajasthan.

Cucu Deepak, Banda Nalwa, 26, berkata, selepas datuknya disahkan mati, mereka mula membuat persiapan bagi upacara membakar mayat lelaki itu.

“Kami meletakkan mayat datuk saya di atas satu longgokkan kayu untuk dibakar tetapi tidak lama kemudian saya melihat jasad datuk saya bergerak-gerak.

“Kami semua terkejut apabila melihat datuk tiba-tiba bangun dan duduk serta kelihatan terpinga-pinga melihat kami semua,” katanya.

Menurutnya, selepas menyedari Deepak masih bernyawa, dia dan seorang ahli keluarga yang lain segera membawa warga emas itu turun dari longgokkan kayu.

“Dia sangat bernasib baik kerana kami sedang bersedia untuk menyalakan api,” ujarnya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI