lelaki obes penyebab keldai mati





PIHAK polis sedang menyiasat kematian seekor anak keldai yang disyaki mati selepas seorang lelaki obesiti menunggangnya, baru-baru ini.

Keldai yang baharu berusia lima bulan itu dinamakan Platero, bukanlah seekor haiwan yang dibenarkan ditunggang oleh pengunjung ketika sebuah majlis keraian menyambut ketibaan Krismas diadakan di Andalusia, Sepanyol.

Menurut saksi, seorang lelaki telah disyaki menaiki dan duduk di atas keldai terbabit untuk mengambil gambar sebelum perbuatannya itu dikecam hebat oleh para netizen.

Dua hari selepas kejadian itu, penduduk setempat mendapat Platero tidak dapat berdiri seperti kebiasaannya dan meninggal dunia keesokan harinya.

Aktivis serta persatuan pencinta haiwan kemudiannya melaporkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut diambil terhadap lelaki yang didakwa telah menyebabkan kematian keldai malang itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI