ais berbentuk piring di Scotland



BERATUS-RATUS ais berbentuk piring yang dijumpai terapung di Sungai Dee di Aberdeenshire, Scotland selepas cuaca sejuk melanda kawasan itu baru-baru ini.

ABERDEENSHIRE, Scotland – Seorang ahli biologi terkejut selepas menemui satu fenomena ais berbentuk piring yang terapung di Sungai Dee di sini selepas cuaca sejuk melanda bandar itu baru-baru ini.

Ahli biologi tersebut, Jamie Urquhart berkata, dia menemui beratus-ratus ais berbentuk bulat seperti piring terapung-apung di sungai berkenaan ketika menjalankan kajian di situ.

Katanya, ais berbentuk piring itu biasanya dijumpai selepas ribut di Laut Artik yang sejuk dan sangat jarang ditemui di kawasan sungai.

“Salji ini mungkin terbentuk daripada buih-buih di kawasan hulu sungai di mana airnya mengalir dengan laju sebelum buih itu dihanyutkan ke sini.

“Cuaca sejuk sehingga mencecah parah beku yang dicatatkan beberapa minggu lalu mungkin menyebabkan buih ini membeku,” katanya.

Menurutnya, ais berbentuk piring yang sering ditemui di kawasan laut dan tasik di Artik biasanya terbentuk apabila arus yang berpusing menghalang air membeku secara sekata.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI