kuli kerajaan vs kuli swasta....lantak ko orang la ...2 x 5 mana yang terlibat ajer...kah kah kah
KERJAYA sebagai jururawat sememangnya menuntut kesabaran yang amat tinggi apatah lagi terpaksa berhadapan dengan kerenah para pesakit yang bermacam ragamnya.
Acap kali juga kita dengar aduan mengenai sikap segelintir jururawat yang acuh tak acuh apabila melayan pesakit terutamanya di hospistal kerajaan.
Bagaimanapun, tidak semua jururawat bersikap demikian dan jika ianya berlaku rasanya kita sendiri boleh menegur mereka dengan kata-kata yang lebih baik.
Sayangnya, ada segelintir masyarakat yang berfikiran dangkal yang hanya tahu mencaci dan memaki pekerjaan murni itu seolah-olah bermegah-megah darjat yang dimilikinya kini.
Anda lihatlah sendiri kata-kata melampau yang dilontarkan seorang wanita hingga sanggup merendah-rendahkan kerjaya seorang jururawat.
Kenyataan “kerja pun mencuci benda-benda kotor” ini benar-benar menimbulkan kemarahan kepada para jururawat yang membaca posting wanita ini.
Setelah dirisik-risik laman sosial Facebook milik wanita itu, rupa-rupanya dia bekerja di sebuah bank terkenal di Malaysia.
Kerana terlalu bengang dengan kenyataan wanita tersebut, salah seorang jururawat membuat aduan kepada bank wanita tersebut bekerja agar dapat menegur kakitangannya itu.
Sedih juga apabila mengetahui segelintir masyarakat sanggup mengutuk kerjaya jururawat seolah-olah kerjaya ini adalah paling rendah darjatnya.
Sedangkan kerjaya ini merupakan profession yang selama ini banyak membantu ramai orang ketika dalam kesusahan dan kesakitan.
Mereka lah yang berhati murni sanggup menjaga dan membersihkan pesakit supaya dalam keadaan bersih.Jangan kerana seekor kerbau bawa lumpur habis semua kerbau yang lain di palitkan sama .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI