kereta porche jadi kanvas budak melukis...kah kah kah




CHINA – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengejutkan ibu bapanya apabila dia mempamerkan hasil seninya dengan menjadikan sebuah kereta porsche bernilai RM814,000 sebagai tempat untuk mewarna.

Lebih malang apabila warna yang diguna adalah cat, hingga menyebabkan bahagian belakang dan tepi porsche berwarna hitam itu dipenuhi dengan cat hijau.


Pemilik kenderaan tersebut, Wu nyata begitu bengang dengan keadaan itu apatah lagi dia baru membeli kereta mewah itu beberapa hari sebelumnya.

Menurut Wu, dia hanya meninggalkan kenderaan itu sekejap sahaja dan selepas kembali ke kereta, dia begitu terkejut dengan keadaan yang berlaku.

Ia menyebabkan berlaku pertengkaran antara Wu dan ibu bapa budak tersebut yang kebetulan sedang bekerja di kawasan berhampiran.

“Selepas membawa kereta itu ke bengkel, kos membaiki semula kerosakan itu adalah RM45,000 dan syarikat insurans pula enggan membayarnya,’’ kata Wu.

Beliau kini sedang berunding dengan ibu bapa budak terbabit untuk membaiki semula masalah berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI