resepi nasi goreng





BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan nasi sejuk, dileraikan
7 tangkai kacang buncis, hiris kecil
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
2 biji telur, pukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh serbuk lada sulah (che mat guna aji-shio)
1 kiub pati ikan bilis, hancurkan
Garam secukup rasa @ sos ikan secukupnya
1 camca besar marjerin (Planta)
Telur mata kerbau untuk hiasan*
Petai untuk ulam*
Hirisan cili padi*(*optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan kuali, masukkan 2 camca besar minyak masak, tambah majerin dan biar cair. Tumis udang kering dan goreng hingga wangi. Tambah bawang putih dan bawang besar, masak hingga layu.

Tambah kacang buncis, kacau dan masak sekejap.

Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar kental. Kemudian kacau hancur. Masukkan kiub pati ikan bilis yang telah dihancurkan, kacau rata. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau rata.

Masukkan nasi, besarkan api dan gaul rata dengan pantas. Masak hingga nasi sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili padi, telur dadar dan hidangkan bersama petai, jika suka. Sedap dimakan panas.....

Kalau anda guna sos ikan, tak perlu letak garam dulu. Letak kemudian bila dah masuk nasi, dah gaul rata, baru renjiskan sos ikan secukup rasa. Selamat memasak!!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI