sup petola udang galah




BAHAN-BAHANNYA :-)

2 biji petola bantal saiz sederhana
5 ekor udang galah
1/2 cekak so hoon, kerat pendek, cuci dan toskan
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat guna aji-shio)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Kupas petola bantal, cuci dan toskan. Belah 2 kemudian hiris serong sederhana tebal. Buat kaedah sama untuk yang satu lagi. Udang dibersihkan, sebab guna udang galah, tak perlu lah buang kulit dia, cuma kerat kaki2 kecil dia, kalau tak nak pun takpe...cuci bersih dan ketepikan.

Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga ia berubah warna. Tuang air seckupnya (anggaran 1 liter). Kacau dan biar mendidih.

Masukkan petola dan so hoon. Kacau rata dan tambah serbuk lada sulah. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak hingga petola dan so hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI