CIA bazirkan AS 68 billion untuk kerja kerja mengintip terutamanya dalam mengekang gerakan kebangkitan islam






WASHINGTON – Agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir AS$68 bilion (RM223.6 bilion) tahun ini manakala jumlah tersebut hampir menyamai perbelanjaan risikan pada tahun 2013, kata kerajaan AS kelmarin.

Perbelanjaan untuk 17 agensi risikan di AS itu mencapai jumlah tertinggi sekitar AS$80 bilion pada tahun 2011 dan beransur menurun selepas itu, menurut perangkaan tahunan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional dan Jabatan Pertahanan.

Angka yang didedahkan itu merupakan keseluruhan peruntukan yang diluluskan Kongres pada tahun kewangan berakhir September lalu.

Sebanyak AS$50.5 bilion (RM166 bilion) peruntukan itu digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan AS$17.4 bilion (RM57.2 bilion) lagi diagihkan untuk program perisikan tentera AS.

Jumlah perbelanjaan perisikan untuk tahun 2013 juga kekal AS$68 bilion walaupun bajet pe­risikan untuk tahun berkenaan melebihi angka tersebut. Namun, Kongres telah memotong peruntukan tersebut sebanyak beberapa bilion dolar.

Dalam pada itu, beberapa pegawai AS enggan mengulas bagaimana bajet tersebut digunakan atau maklumat pengagihannya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI