pejuang jihad IS berjaya menawan telaga minyak di syria




Pejuang jihad  Negara Islam (IS)  berjaya mengambil alih telaga minyak di wilayah Homs selepas bertempur dengan tentera kerajaan Syria kelmarin.

Beberapa gambar yang dimuat naik di laman sosial oleh kumpulan IS menunjukkan telaga minyak Sha’ar yang dikuasai mereka selain mayat tentera Syria dan rampasan senjata api, menurut laman web SITE.

IS turut merampas lima kereta kebal, dua kenderaan tempur tentera serta sejumlah mesingan dan peluru.

IS  juga  telah mengawal hampir keseluruhan telaga minyak tersebut lewat kelmarin tetapi pertempuran dengan tentera Syria masih berterusan di beberapa bahagian lain.

Serangan ke atas telaga minyak itu dilakukan pada Rabu lalu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 tentera Presiden Bashar Al-Assad terbunuh.

Sementara itu, media Syria pula melaporkan berpuluh-puluh anggota IS di khuatiri turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

IS mula merampas telaga minyak milik kerajaan Syria sejak Julai lalu   membunuh hampir 350 kakitangan kerajaan, anggota tentera dan pengawal keselamatan  yang menentang penawanan telaga berkenaan .

Sementara itu, Amerika Syarikat menjelaskan, serangan ke atas kumpulan pejuang jihad  IS dilakukan tanpa sebarang penyelarasan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI