pucuk paku tumis sama udang




BAHAN-BAHANNYA :-)

3 cekak pucuk paku perak @ pucuk paku hijau
10 ekor udang saiz besar (nak tambah lagi pun boleh)
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/2 kiub pati ikan bilis

CARA MEMBUATNYA :-)

Pucuk paku diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang dikupas kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan sos tiran, kacau dan tambah udang. Masak hingga udang bertukar warna. Tambah air, dan biar sekejap. Masukkan pucuk paku dan gaul rata. Masak hingga pucuk paku lembut, tapi bukan sampai lembik.

Tambah sos ikan secukup rasa, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan ikan goreng..yumm....yummm..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI