hidup mewah dengan menipu sebagai bintang bolasepak chelsea
Medi Abalimba (gambar kecil) menyamar sebagai pemain remaja antarabangsa Perancis, Gael Kakuta.
Seorang pemain bola sepak dipenjara kerana melakukan kesalahan dengan menyamar sebagai bintang Chelsea untuk menjalani gaya hidup mewah.
Mahkamah Manchester Crown mendapati Medi Abalimba (gambar kiri) melakukan kesalahan apabila membelanjakan lebih £20,000 (RM105,435) di pusat membeli-belah di Selfridges serta menetap di hotel mewah dan juga menyewa helikopter menggunakan identiti bintang bola sepak itu.
Pemain yang pernah beraksi bersama Derby County pada 2009 deÂngan nilai lebih dari £1 juta (RM5.2 juta) gagal menyerlah dalam kariernya dan memilih menyamar sebagai pemain remaja antarabangsa Perancis, Gael Kakuta untuk terus menjalani gaya hidup mewah.
Medi Abalimba, 25, mengaku melakukan beberapa penipuan dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.
Antara kesalahan yang pernah dilakukan oleh Abalimba dari Burton Street, London itu adalah membuat panggilan telefon dengan mendakwa dia sebagai ejen kepada pemain sayap Chelsea, Kakuta sebelum menyamar sebagai pemain Chelsea itu.
Mahkamah dimakÂlumkan bahawa dia menelefon untuk memaklumkan ketibaan bintang bola sepak elit itu dan memohon budi bicara untuk membayar segala barangan dengan menggunakan kad kredit palsu yang butirannya dicuri.
Abalimba memperoleh maklumat dengan mengambil gambar kad kredit American Express yang dijumpai dalam loker yang dibuka menggunakan kunci utama ketika mencuri masuk ke gimnasium di utara London.
Pada Jun lalu dia meÂngunjungi kelab malam di Manchester dan memesan champagne bernilai £2,600 (RM13,700) dan kemudianÂnya mendakwa dia tertinggal dompet di dalam limousine.
Abalimba membayar lebih dari £2,000 (RM10,552) menggunakan kad kredit palsu itu dan kemudiannya memaklumkan kepada pekerja kelab malam itu dia akan kembali keesokan harinya menjelaskan baki terhutang sebelum memesan lebih banyak champagne dan meninggalkan kelab malam itu menggunakan kereta Bentley GT.
Pada Julai lalu, dia membeli pakaian bernilai lebih £20,000 (RM105,435) di SelfÂridges yang terletak di Trafford Centre biarpun menunjukkan skil bermain bola sepak ketika membeli belah namun gagal meÂyakinkan pengawal bertugas yang mencurigai tindakannya itu.
Tipu helah yang dilakukan itu membolehkan dia menginap di hotel mewah, makan di restoran mahal dan pada satu ketika membawa empat wanita dari Manchester ke London menggunakan helikopter.
Polis Manchester meÂngesannya berada di sebuah rumah mewah yang disewa dengan harga £800 (RM4,200) semalam di Berkshire.
Sarjan Adam Cronshaw dari GMP berkata Abalimba seorang yang 'menarik dan berkarisma' dan pengalamannya bermain bola sepak sebelum ini dan 'mukaÂnya yang mirip Gael Kakuta digunakan untuk menipu mangsa'.
Dia berkata: "Abalimba memaklumkan ramai mangsa yang ditipu melayannya dengan terhormat kerana menyangkakan dia seorang selebriti bola sepak.
Pemain itu pernah berÂaksi bersama Derby, Oldham Athletic, Southend United, Fulham serta Crystal Palace dan ketika zaman remajaÂnya pernah cuba menyertai Manchester City, Manchester United dan Liverpool.
Dia mengaku melakukan 12 kesalahan penipuan di London West Yorkshire, Manchester dan Derby dan memohon 19 pertuduhan ke atasnya dikurangkan.
Menurut peguamnya Vic Wozny, anak guamÂnya itu dididik dengan cara Âsalah dan kerana itu dia Âmelakukan kesalahan selepas datang ke London Âketika berusia lima tahun.
Dia berkata, kerjaya bola sepaknya tidak begitu menyerlah yang menyeÂbabkan wang gaji yang diterima Abalimba habis dibelanjakan.
Apabila Abalimba "mula berasakan wang gajinya semakin berkuraÂngan, anak guam saya tidak dapat menerima dan masih meneruskan gaya hidup mewah," katanya.
Kakuta, 23, mennyertai kelab La Liga Sepanyol Rayo Vallecano sebagai pemain pinjaman untuk musim 2014-15.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI