salah guna dadah dalam sukan






Kebelakangan ini, satu demi satu ahli sukan negara gagal dalam ujian doping yang dijalankan ke atas mereka. Bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku dan adakah ia dilakukan dengan sengaja atau tanpa disedari?

Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan bukan perkara baru. Pada 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bersetuju mengharam atau mengehadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet.

Pengharaman ini kerana penggunaan dadah atau bahan untuk meningkatkan tahap keupayaan ahli sukan bukan saja menyebabkan kesan sampingan buruk, malah boleh membawa maut.

Apakah yang dimaksudkan sebagai dadah? Dadah adalah satu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Jika perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ia disebut sebagai racun.

Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Adakala doping dilakukan secara sengaja oleh atlet, tetapi ada juga doping dilakukan secara tidak sengaja. Ia berlaku apabila seseorang atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu pe­nyakit atau kecederaan dan tanpa disedari ubat itu mengandungi bahan dilarang.

Setiap atlet tertakluk kepada polisi melarang doping dan bertanggungjawab menyemak status bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Jika seseorang atlet itu didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian doping yang dibuat secara rambang, dia berisiko disingkir daripada menyertai pertandingan dan status pemenang juga boleh ditarik balik. Malah, atlet juga akan merana akibat kesan penggunaan dadah dalam jangka masa pendek atau panjang.

Sebab doping diharamkan membabitkan beberapa isu iaitu isu kesihatan apabila banyak bahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet boleh menyebabkan kesan tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Seterusnya, ia membabitkan isu etika kerana dalam sesetengah keadaan, bahan dan kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet melebihi tahap biasa. Selain itu, ia membabitkan isu undang-undang kerana sesetengah dadah memang diharamkan penggunaannya, oleh itu penggunaannya dalam sukan juga dilarang.

Selain penggunaan bahan terlarang atau dadah sering dikaitkan dengan doping, kaedah manipulasi seperti manipulasi darah atau komponen darah, manipulasi fizikal dan bahan kimia dan doping genetik juga dilarang dalam sukan.
Kaedah ini juga boleh meningkatkan prestasi sukan oleh atlet dan boleh membantu mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Biasanya, ujian doping dilakukan ke atas seseorang atlet selepas selesai acara yang ditandingi. Atlit yang dipilih untuk ujian ini akan diberitahu bahawa mereka wajib hadir ke pusat ujian doping dalam masa sejam. Secara umumnya, ujian doping akan dilakukan ke atas pemenang pingat dan seorang atlet lain dalam acara secara rawak.

Melalui perkembangan dunia perubatan dan lambakan pelbagai produk makanan tambahan atau ubat-ubatan di pasaran, doping adakala dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari.

Sebelum seorang atlet itu mengambil sebarang ubat atau produk makanan tambahan, dia bertanggungjawab mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, ahli farmasi yang bertauliah dalam bidang sukan dan pegawai pusat doping.

Perkara ini penting, terutama jika seseorang atlet itu ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini kerana, ada banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlet.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI