alasan pembodek tegar untuk halalkan serta naikkan harga kereta nasional yang tak bermutu dan mencekik darah rakyat malaysia...!!!

harga kereta di singapura paling MAHAL di dunia





di negara ini  harga kereta nasional  di war war  oleh macai macai penjarah  UMNO sebagai berpatutan..? wak lu berpatutan...Ini antara harga kereta  termahal di dunia selepas singapura  jangan buat tak tau...!!!!


SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara orang terkaya di republik itu kerana orang kebanyakan hanya mampu menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja atau bersiar-siar waktu cuti.

Kelmarin  pemerintah Singapura mengumumkan kadar bidaan premium terbaharu untuk mendapatkan sijil kelayakan atau certificate of entitlement (COE) bagi individu membeli kereta baharu sebagai rekod paling tinggi dalam sejarah sejak diwujudkan pada 1990.

Media tempatan pula  melaporkan, kadar COE untuk kereta kategori A iaitu kuasa kuda 1,600cc sehingga kereta saiz kecil di bawah 130bhp ditutup pada serendah S$67,889 (RM175,144) berbanding kadar lama bulan lalu ditetapkan S$64,900 (RM167,433).

Manakala premium untuk kereta saiz besar lebih 1,600cc iaitu kategori B menokok daripada S$70,890 (RM182,896) kepada S$72,890 (RM188,056). Namun kadar untuk motosikal pula turun kepada S$4,189 (RM10,807) daripada sebelum itu S$7,130 (RM18,395).

COE kenderaan perdagangan termasuk bas, lori dan van komersial naik kepada S$65,001 (RM167,702) daripada S$63,701 (RM164,348) sementara kategori terbuka semua jenis kenderaan ialah S$73,900 (RM190,662) berbanding S$71,300 (RM183,954).

Kebiasaannya, bakal pembeli kereta di sini perlu membida COE terlebih dahulu sebelum dapat membeli kereta dan proses bidaan amat sengit kerana pemerintah menetapkan kuota 2,000 COE sahaja pada setiap kali proses bidaan yang dilakukan setiap bulan.

Ini bermakna hanya bidaan tinggi akan berjaya membeli kenderaan idaman masing-masing malah kesukaran itu menyebabkan kadar COE jauh lebih mahal daripada harga sebenar kereta dan ia belum termasuk pelbagai lagi bayaran sampingan ditetapkan pemerintah.

Antaranya semua kenderaan di Singapura wajib memasang alat pengesan Electronic Road Pricing (ERP) seumpama Smart Tag di Malaysia kerana banyak laluan utama di republik itu dipasang palang gantri tol ERP bagi mengatasi isu kesesakan teruk pada waktu puncak.

Kadar tol ERP naik mendadak pada waktu sibuk hari bekerja beberapa jam sebelah pagi dan petang sekali gus pemandu yang ingin elak tol tinggi terpaksa cari jalan jauh lain yang tolnya lebih murah atau hanya memasuki laluan sibuk itu di luar waktu puncak.

Akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas baru-baru ini melaporkan harga kereta di Singapura paling mahal di dunia dan membuat perbandingan jika membeli sebuah kereta di pulau itu bersamaan tiga buah kereta model sama dijual jirannya di Malaysia.




Malaysia  antara   10 negara yang menjual kereta paling mahal di dunia





Sejak penubuhan syarikat automotif nasional Proton Holdings Berhad dan pengeluaran model pertama Proton Saga pada tahun 1985, harga kereta bukan nasional di pasaran Malaysia mula meningkat naik sehingga ke paras yang begitu tinggi.

Antara sebab kenapa harga kereta dari luar di Malaysia menjadi terlalu mahal ialah kerana pihak kerajaan terpaksa melindungi industri automotif nasional Proton, yang kemudiannya disertai pula oleh penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua).

Secara teorinya, jika harga kereta keluaran Proton atau Perodua adalah sama dengan kereta dari luar seperti Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Volkswagen dan sebagainya, sudah tentu Proton dan Perodua tidak akan mampu bersaing, terutamanya dari segi nilai jenama dan teknologi.

Tetapi oleh kerana harga kereta Proton dan Perodua yang lebih rendah berbanding harga kereta bukan nasional, maka kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mempunyai pilihan lain selain memilih Proton atau Perodua.

Tetapi, setakat manakah mahalnya harga kereta di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia? Jalopnik, salah sebuah blog automotif berpengaruh dari Amerika Syarikat pada September lepas telah menyenaraikan 10 negara yang menjual kereta paling mahal.

Hasil kajian yang dilakukan tersebut menggunakan kereta Toyota Prius dan Scion FR-S (Toyota 86 @ Subaru BRZ) untuk dibuat perbandingan harga mengikut harga yang ditawarkan di Amerika Syarikat dan di 10 negara lain di seluruh dunia.

Cuba teka negara manakah yang menjuarai senarai tersebut sebagai negara yang menjual kereta paling mahal di dunia? Tekaan anda betul jika jawapannya ialah Singapura. Namun dapat difahami bahawa pihak kerajaan Singapura perlu menjual kereta di negara pulau tersebut pada harga yang tidak munasabah kerana mereka mempunyai sebab-sebab yang dapat diterima.

Antara sebabnya ialah kerana kebanyakan rakyat Singapura mempunyai pendapatan perkapita yang begitu tinggi dan mereka mampu membeli kereta pada harga yang mahal. Bagaimanapun itu bukan sebab utama kenapa harga kereta di Singapura menjadi mahal.

Alasan sebenar ialah kerana pihak kerajaan Singapura tidak mahu negara mereka yang kecil itu menjadi terlalu sesak dan padat, dan harga kereta yang mahal itu sebenarnya adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk mengurangkan pemilikan kereta persendirian.

Di samping itu, pihak kerajaan Singapura telah menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap untuk rakyatnya, jadi adalah adil apabila harga kereta dinaikkan dengan harapan rakyatnya akan lebih banyak menggunakan sistem pengangkutan awam berbanding menggunakan kereta sendiri.

Jadi, adakah Malaysia tersenarai di kalangan 10 negara yang menjual kereta paling mahal di dunia? Sukar dipercayai, tetapi Malaysia sebenarnya hanya berada di kedudukan kedua di belakang Singapura sebagai sebuah negara yang menjual kereta paling mahal di dunia.

Jadi tidak hairanlah kenapa harga Subaru BRZ di pasaran Amerika Syarikat jauh lebih rendah berbanding di pasaran Malaysia, rupa-rupanya Malaysia negara kedua yang menjual kereta paling mahal di dunia, rujuk artikel terdahulu di sini – Subaru mengumumkan senarai harga BRZ 2014 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia menaikkan harga kereta bukannya kerana terlalu sangat untuk melindungi Proton dan Perodua, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menjana pendapatan tanpa had dari rakyat sendiri. Anda setuju dengan kenyataan tersebut?

Senarai 10 negara yang menjual kereta paling mahal di dunia;

1.Singapura
2.Malaysia
3.Indonesia
4.Nicaragua
5.China
6.Brazil
7.United Kingdom
8.St. Kitts and Nevis
9.Korea Utara
10.Cuba


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI