di indonesia tentera dan polis bergaduh kerana maruah tetapi di malaysia tentera dan polis berebut rebut makan rasuah

Satu maut polis, TNI bergaduh





Batam: Ketua Polis Indonesia Jen Sutarman semalam mengerahkan anggotanya dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menubuhkan pasukan penyiasat bersama bagi mencari maklumat sebenar berhubung kematian seorang askar dalam pergaduhan kedua-dua pasukan itu di Tembesi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sutarman mengadakan mesyuarat dengan Ketua Staf Angkatan Darat TNI, Jen Gatot Nurmantyo di Batam.

Kata Sutarman, pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang anggota tentera itu mesti dicari sehingga dapat.

“Siasatan akan dijalankan walaupun peluru yang menembusi dada mangsa hancur,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, J K Marpaung, 33, mati di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di dada.

Keganasan itu dilaporkan berpunca daripada pergaduhan beberapa anggota polis dan tentera di sebuah stesen minyak ketika mereka mengisi bahan bakar itu ke kenderaan masing-masing.

Kira-kira 30 anggota tentera kemudian menyerang ibu pejabat briged mobil polis, menyebabkan berlaku kerosakan bangunan, termasuk sebuah poliklinik.

Sutarman berkata, briged mobil polis sepatutnya tidak memiliki peluru jenis yang membunuh Marpaung.

“Peluru digunakan penembak itu buatan khas sedangkan polis di situ hanya memiliki peluru getah,” katanya.

Sementara itu, Gatot mengaku akan segera mendisiplinkan anggotanya.
“Saya bertanggungjawab ke atas kejadian ini.

“Kami tidak mahu nama TNI terjejas oleh perlakuan anggotanya sendiri,” katanya.




di malaysia masing masing berebut   makan rasuah....


2  polis satu balai sepakai  makan rasuah


rasuah  menjadi jadi di kementerian pertahanan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI