kerja gila...rompak sampel darah ebola



KANKAN, Guinea – Sebuah kotak berisi sampel darah individu yang dijangkiti virus Ebola hilang selepas dirompak ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke sebuah makmal ujian.

Kejadian berlaku apabila sekumpulan perompak merampas sebuah teksi berdekatan bandar Kissidougou. Teksi itu digunakan untuk membawa sampel berkenaan dari pusat bandar Kankan ke selatan Gueckedou dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 265 kilometer.

“Kita yakin sampel darah itu tidak akan ditemui lagi. Tambahan pula dengan liputan media mengenai kes berkenaan, pasti perompak itu telah membuangnya,” kata jurucakap kerajaan dalam hal ehwal Ebola, Fode Tass Sylla.

Tass Sylla berkata, virus dalam sampel darah itu bagaimanapun tidak akan merebak kerana kajian menunjukkan virus Ebola akan mati dalam tempoh beberapa minggu.

Berikutan itu, kerajaan Guinea merayu perompak berkenaan supaya memulangkan sampel tersebut yang diambil daripada pesakit Ebola yang mati.

Virus Ebola sebelum ini telah mengakibatkan lebih 5,000 mangsa mati di tiga buah negara iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea selain mampu merebak melalui sentuhan.

Sementara itu, di Islamabad, Pakistan, seorang pesakit yang disyaki menghidap virus Ebola dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini semalam.

Agensi berita, Xinhua melaporkan mangsa, Zulfiqar Ahmad, 40, merupakan penduduk daerah Chiniot dalam wilayah Punjab yang kembali ke tanah air selepas melawat Ghana pada 16 November lalu.

Menurut jurucakap hospital berkata, kejadian itu akan menjadi kes kematian pertama akibat wabak virus Ebola sekiranya disahkan pihak berkuasa tempatan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI