empangan hidro terbesar di tibet beroperasi



STESEN Elektrik Hidro Zangmu yang terletak di daerah Shannan di wilayah Tibet, China yang mula beroperasi pada Ahad lalu.

BEIJING – Sebuah empa­ngan elektrik hidro terbesar di Tibet mula beroperasi pada Ahad lalu bagi membekalkan tenaga elektrik di wilayah berkenaan.

Unit pertama penjana elektrik di Stesen Hidroelektrik Zangmu yang berharga AS$1.6 bilion (RM5.35 bilion) mula beroperasi pada Ahad lalu.

Empangan di Sungai Yarlung Zangbo yang mengalir terus ke India itu bakal mempunyai ketinggian mencecah 116 meter apabila siap sepenuhnya pada tahun depan.

Stesen yang terletak pada ketinggian lebih 3,300 pada aras laut tersebut merupakan empa­ngan terbesar yang pernah dibina di banjaran Tibet.

Seorang pegawai syarikat Tibet Electric Power berkata, apabila beroperasi sepenuhnya empangan berkenaan mampu mengeluarkan hampir 510,000 kilowatt tenaga elektrik.

“Stesen hidroelektrik ini bakal menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik di Tibet terutama ketika musim sejuk,” katanya.

Kerajaan India sebelum ini menyuarakan kebimbangan bahawa pembinaan empa­ngan di sungai berkenaan yang dikenali sebagai Brahmaputra di India boleh menjejaskan kawasan pertanian negara itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Luar India, S.M. Krishna berkata, pihaknya mendapati, empangan tersebut tidak menyimpan air sekali gus tidak mengganggu aliran sungai ke negara itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI