lemas di kawal 24 jam



Narendra

New Delhi: Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah dengan pemimpin itu, mempertikaikan keputusan kerajaan menyediakan pasukan pengawal peribadi sepanjang 24 jam sehari walaupun ketika dia menaiki beca.

Jashodaben Modi, 62, yang menetap di Gujarat, negeri di barat India berkata, dia memfailkan petisyen untuk mengetahui mengapa keselamatannya dikawal sejak Modi dipilih menjadi perdana menteri pada Mei lalu.

“Saya dikelilingi lima pengawal keselamatan sepanjang masa. Saya atau keluarga terpaksa memasak dan menyediakan tempat tidur mereka. Ini amat menjengkelkan.

“Keadaan semakin huru-hara apabila saya terpaksa mengguna kenderaan awam dan mereka mengekori dengan menaiki kereta berhawa dingin,” kata Jashodaben.

Jashodaben, pesara guru, tinggal dengan abangnya sejak Modi mengambil keputusan untuk berpisah dengannya kira-kira 45 tahun lalu, ketika mereka masih remaja.

Jashodaben tidak pernah menimbang untuk meminta cerai.

Dia mula mendapat perhatian apabila Modi yang tidak pernah bercakap mengenai rumah tangganya mendedahkan status perkahwinannya ketika mengemukakan dokumen untuk bertanding pada pilihan raya awal tahun ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI