gemar melantak masakan ular masak grill, parasit pula bersarang di kepala



CHINA – Akibat gemar makan makanan eksotik termasuk ular masak grill, seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun, Liang Liao tidak menyangka kepalanya menjadi tempat tinggal bagi parasit sepanjang tiga inci.

Parasit berkenaan bergerak bebas di sekeliling otaknya menyebabkan dia sering mengalami sakit kepala.

Liang hanya dirujuk ke hospital oleh ibu bapanya selepas dia mengalami sawan.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut dengan penemuan parasit itu yang dikenalpasti sebagai sparganosis.

Susulan itu satu pembedahan telah dijalankan dan sparganosis telah dibuang.

Sparganosis sering hidup dalam badan manusia apabila seseorang itu makan makanan tercemar daripada anjing, ular, katak dan babi, jika ia tidak dimasak dengan sempuna.

Dalam pada itu, bapa budak terbabit, Liang Chao berkata anaknya itu sering makan makanan yang dijual di jalanan dan jarang makan makanan yang dimasak di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular masak grill.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI