resepi kacang phool



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 tin kacang phool, ramas separuh hancur
1 tin kacang merah, toskan
200 gram daging kisar, cuci dan toskan
1 camca besar tomato paste
2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 kiub pati daging (optional)
3/4 camca teh lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
10 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)

Bawang besar, potong dadu
Tomato, potong dadu
Cili merah, hiris kasar
Cili hijau, hiris kasar
Telur mata kerbu secukupnya
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2
Minyak sapi secukupnya, dicairkan
Roti perancis, untuk dimakan bersama kacang phool

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato pes dan masak sekejap. Satukan rempah kari daging dan serbuk ketumbar dengan 1/4 cawan air dan kacau hingga menjadi pes. Masukkan pes rempah ke dalam kuali, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan daging kisar dan masak hingga daging berubah warna. Tambah kacang phool dan kacang merah. Gaul rata dan tuang air (anggaran 2 cawan). Masak hingga mendidih. Masukkan kiub pati daging kalau guna.

Perasakan dengan garam secukupnya, lada hitam dan sedikit gula (kalau guna kiub daging, rasa dulu, baru tambah garam secukup rasa). Masak hingga pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api. (kalau anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air).

Untuk menghidang, cedok kacang phool secukupnya dalam mangkuk sesuai. Letak sekeping telur mata kerbau. Tabur dengan bawang besar, cili merah, cili hijau dan tomato. Curah sedikit minyak sapi dan perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti perancis dan sebagainya..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI