Jurutera Prihatin Jawab Kritikan Proton Perdana Baru Macam Honda Accord
APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.
Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.
Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:
1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya.
Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan.
Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?
4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.
Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.
5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”
Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.
Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas
“Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.
Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina
# Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.
##
buat apa nak pertahankan proton kalau kualiti yang di hasil ...hancusss...aku bukan cakap kosong...sebab aku pernah pakai kereta proton sebelum ini selama 5-6 tahun...so kalau tak pernah pakai proton jangan memandai mandai nak sokong proton...aku pakai proton dari wira ,iswara dan persona semuanya hancuss....tanggal sana tanggal sini...macam beli kereta 2 nd....dah la tu service di pusat service proton lebih lebih lagi yang franchise lagi teruk...apataknya contoh...service aircond...baru pakai tak sampai 3 tahun dah kena tukar coil air cond..jadah apanya...sedangkan aku punya my vii dan toyota vios ...coil air cond masih berkeadaan baik...walaupun dah masuk 5 tahun memakainya...
ada setengah franchise proton tidak boleh di percayai...oleh kerana nak untung dan nak senang kerja...mekanik dia cucuk coil tu supaya bocor tanpa pengetahuan kita...so senang kerja dia ..takpayah cuci coil dan menguntungkan syarikat...kos pulak cekik darah...sampai RM 700 termasuk labour service ...melampau...kalau komplain pun susah nak di buktikan...
pasal power window lagi hancuss ...kereta wira aku dulu...masa baru beli tak sampai 3 bulan dah sangkut cermin pintu sebelah pemandu...ada warranty..tukar yang baru pun tak sampai tempoh yang sama pun jadi macam tu jugak...hati jadi panas...aku buat dekat bengkel di luar ...tukar arm motor dia dalam kos tak sampai RM 60 settle sampai 2-3 tahun pakai...jadi apa cer proton punya kualiti sampai bengkel luar boleh settle benda kecik macam tu.
makan minyak...hah....memang kuat makan minyak...sampai aku beli persona 1.6 pun kuat melantak minyak...kalau aku balik muar isi minyak penuh RM 60...sampai muar minyak dah tinggal separuh...itu belum lagi pecut lebih dari 110 km/j...
aku pakai toyota dan my vii balik muar minyak cuma makan 1 bar...atau paling tinggi 2 bar ajer...jauh beza tu....
lagi satu benda benda melekat didalam dan pada pintu mudah tanggal...contohnya getah pada pintu persona mudah tanggal...tak sampai 5-6 dah tanggal ....pasang balik ..tanggal balik....komplain dekat proton ( franchise )...ingatkan dapat ganti getah pintu tu yang dah terkoyak rupanya...haram sade...jangan harap la...dia orang tampal balik ajer...kesan koyak tu pun dia cuba gam....tak sampai sebulan tanggal balik...sakit hati betullah ...tak perasan getah dah tercabut ,tengah dalam perjalanan tiba tiba angin menderu masuk dari celah pintu dan menganggu konsentrasi perjalanan .aku pakai kereta baru tu tak sampai 2 1/2 tahun...geram punya pasal aku terus jual proton kokak tu dan ambil toyota yang tahan sehingga sekarang .
kalau toyota dan my vii...ada masaalah ...kita komplain...cepat dia orang ambil tindakan...tapi jarang ada masaalah minor mahu major...sebab perkhidmatan dan kenderaan berkenaan sememangnya berkualiti .
lagi satu tombol yang ada mudah tanggal .terutamanya tombol aircond dalam kereta persona...minta claim ganti sebab ada warranty ...jangan haraplah.....las las tampai sendiri guna double side tape...
kita bukan nak melempar cemuhan sesuka hati...bila kita dah terkena dengan masalah berkenaan..tak kan kita nak promote dengan kawan atau sedara mara kita yang lain bahawa kereta keluaran proton adalah bagus....besok kita juga yang jadi mangsa kemarahan mereka...orang yang mentaliti suka orang lain turut mendapat kesusahan yang sama seperti dia...sepatutnya kalau ada hati perut dan ada akal , dia patut mencegah.
ini tidak...dah lah tak beli...canang yang baik baik belaka....mana ko tau kereta proton tu baik kualitinya....ko suka sangat tengok orang pakai kereta tak berkualiti dan menghadapai masalah itu dan ini ...ko suka... ????
selagi kualiti dan perkhidmatan tidak bagus dan tidak di pertingkatkan.....selagi proton menjual keretanya dengan harga melambung tak masuk akal menyamai harga kereta import....adalah lebih baik proton lingkup....
kerjasama proton dengan mitsubishi tapi kualiti kenderaan yang di keluarkan hancusss.....kerjasama peroduo dengan toyota ...kualiti kenderaan keluaranya memuaskan...itulah bezanya...
kenapa ko kecewa bila orang yang sepatut beli proton tak jadi beli...ko ada share ke..???...atau nak tunjuk sikap patriotik yang melampau...barang tiada kualiti pun masih nak menyokongnya...????
pada aku...baguslah kalau negara kita boleh keluarkan kereta sendiri...tetapi bukan dengan seperti melepas batuk di tangga...kualiti ,perkhidmatan serta harga tidak mengembirakan pembeli tempatan...kualiti teruk tapi jual dengan harga tinggi....apa ke jadahnya...!!!
aku tau lah sebab apa jual dengan harga tinggi....sebab nak bagi pemegang saham proton yang kelaparan pulangan yang tinggikan???...dia tak peduli kalau tindakan ini sampai menyembelih rakyat .
harap ajer berjiwa besar...hati kecik...otak letak kat tong sampah....!!!!.
kalau berjiwa besar ...pakailah kereta proton kokak tu...
.
Home
/
proton kokak
/
proton kokak part 4....proton kokak tiada kualiti....jurutera banggang tak beli proton tapi cuba agung agung proton....apa kelas kamu mahu mempertahankan proton sedangkan kamu tidak menggunakannya...!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI