teknik kuruskan badan....gunalah pengangkutan awam




KEPUTUSAN memilih jenis pengangkutan yang digunakan ternyata mempunyai kaitan dengan usaha menurunkan berat badan.

Mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi, rata-rata bertubuh lebih langsing daripada mereka yang menaiki kenderaan sendiri.

Kajian yang dimuatkan dalam British Medical Journal itu melibatkan lebih 15,000 orang peserta.

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengukur indeks massa tubuh (IMT) peserta, untuk lelaki rata-ratanya 28 dan 27 untuk perempuan.

IMT merupakan jumlah lemak dalam tubuh dengan menggunakan perbandingan antara berat dan tinggi. Orang yang memiliki IMT sekitar 25-29 dinilai sudah mempunyai berat badan berlebihan.

Jika dibandingkan dengan orang yang menaiki kenderaan sendiri, orang yang sudah biasa menggunakan pengangkutan awam rata-rata memiliki skor IMT yang lebih rendah.

Rata-rata lelaki yang menggunakan pengangkutan awam memiliki skor IMT sekitar satu poin di bawah mereka yang menaiki kenderaan sendiri.

Hasil IMT lebih kecil ini juga berlaku pada mereka yang biasa berjalan kaki berbanding berbasikal. Jika dikaitkan dengan berat badan, satu poin IMT adalah sekitar 3 kilogram.

Sementara itu, wanita yang menggunakan pengangkutan awam memiliki IMT yang lebih kecil iaitu 0 hingga 7 poin berbanding mereka yang menaiki kenderaan sendiri ke tempat kerja.

Ada banyak manfaat menggunakan pengangkutan awam,Terdapat perbezaan besar bagi mereka yang biasa menggunakan kenderaan sendiri dengan mereka yang menggunakan pengangkutan awam.

Bahkan, perbezaannya lebih ketara berbanding orang yang hanya fokus berdiet dan melakukan aktiviti fizikal untuk mencegah obesiti.

Berjalan kaki dan berbasikal ke tempat kerja boleh menjadi salah satu strategi mengurangkan obesiti yang meningkatkan risiko penyakit lain.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI